Mustapa (tengah) bersama kakitangan dan ahli keluarga pada Hari Keluarga Harian Metro di DARC.
Mustapa (tengah) bersama kakitangan dan ahli keluarga pada Hari Keluarga Harian Metro di DARC.
Mustapa (belakang)  bersama peserta sukaneka yang terdiri daripada anak-anak kakitangan.
Mustapa (belakang) bersama peserta sukaneka yang terdiri daripada anak-anak kakitangan.
Oleh Icka S Hassan

Shah Alam: Aktiviti Hari Keluarga Harian Metro (HM) 2015 yang diadakan di Denai Alam Recreational And Riding Club (DARC) kelmarin, disambut meriah 250 kakitangan termasuk ahli keluarga masing-masing.

Program anjuran Kelab Harian Metro (Kelab Met) itu dipenuhi dengan pelbagai acara seperti sukaneka, pertandingan karaoke dan cabutan bertuah.

Berkonsepkan koboi, kakitangan HM serta ahli keluarga turut menggayakan pakaian bersesuaian dengan tema pada majlis makan malam yang diadakan pada acara kemuncak.

Pengarang Kumpulan HM Datuk Mustapa Omar ketika berucap pada majlis makan malam itu berkata, program berkenaan adalah acara tahunan untuk meraikan kakitangan yang bertungkus-lumus memberi sumbangan kepada HM.

“Program ini membawa banyak faedah kepada kakitangan selain mengeratkan silaturahim sesama rakan setugas.

“Saya berharap komitmen warga kerja HM akan dapat diterus dan ditingkatkan lagi pada masa depan,” katanya.

Hadir sama Pengarang Eksekutif (Pengeluaran/BPI) HM Ahmad@Salim Bachok; Pengarang Eksekutif (Berita dan Hal Ehwal Semasa) HM Shariffudin Mohamed serta Pengarang Bersekutu (Berita dan Integrasi Media) HM Tuan Asri Tuan Hussein.

Suasana majlis makan malam itu tambah gamat dengan celoteh pengacara jemputan Along Cham dan Achey Bocey.

Kakitangan HM turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi Ronnie (kumpulan Hyperact) dan penyanyi Nur Azilah Seeron atau Zila Akademi Fantasia 4 (AF4).

Sementara itu wartawan Wahi Aziz muncul juara pertandingan karaoke diikuti wartawan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (tempat kedua) dan wartawan meja jenayah Fardy Bungga di tempat ketiga.

Kategori pakaian koboilelaki paling menarik dimenangi wartawan meja jenayah, Mohd Rizal Abdullah manakala Nadia Azam memenangi kategori wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Februari 2015 @ 6:47 AM