Sean Wang (berdiri, dua dari kanan) bersama pasukan badminton Allianz Malaysia selepas menjalani latihan.
Sean Wang (berdiri, dua dari kanan) bersama pasukan badminton Allianz Malaysia selepas menjalani latihan.

SEBANYAK lima pasukan akan menyertai Kejohanan Allianz Media Badminton bertempat di Datuk Lee Chong Wei Sports Arena Sentosa, Kuala Lumpur pada 17 Julai ini.

Kejohanan yang julung kali dianjurkan berkenaan, akan disertai pasukan New Straits Times BC, Berita Harian & Harian Metro, China Press, Malaysiakini dan wakil Allianz Malaysia Berhad.

Kejohanan akan dijalankan mengikut format ‘round-robin’ membabitkan Beregu Lelaki, Beregu Veteran (umur 40 ke atas) dan Beregu Campuran.

Sebagai persediaan menjelang kejohanan itu Ketua Pegawai Operasi, Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang baru-baru ini bersama pasukan badminton Allianz Malaysia menyertai sesi latihan intensif selama 2 jam tanpa henti berhampiran ibu pejabatnya di Menara Allianz Sentral.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2019 @ 11:02 PM