PEMAIN bergambar sebelum memulakan perlawan.
PEMAIN bergambar sebelum memulakan perlawan.
Oleh Sylvia Entalang

Kuala Lumpur: Bagi menutup kalender 2015, Kelab Badminton Hospital Columbia, Setapak menganjurkan Kejohanan Tertutup yang dikhususkan untuk kakitangan yang berlangsung di Dewan JJB Setapak, minggu lalu.

Pengurus Kejohanan Che Mann Alie berkata, sambutan yang diberikan kakitangan Hospital Columbia Setapak pada pertandingan kali ini amat menggalakkan walaupun mereka hanya mempertandingkan satu kategori iaitu beregu campuran.

“Saya gembira apabila pertandingan ini dapat berjalan dengan lancar dan berharap dapat meneruskan aktiviti seperti ini pada masa akan datang. Saya yakin ia akan mendapat sambutan hangat kakitangan.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Kejohanan kerana sentiasa membantu melicinkan perjalanan kejohanan badminton ini,” kata Che Mann.

Pada penganjuran kali ini, sebanyak 16 beregu yang terdiri daripada kakitangan Hospital Columbia Setapak tampil menyahut cabaran.

Gandingan Badri-Hasni dinobatkan sjuara selepas mengalahkan pasangan Saiful-Siti Sarah pada perlawanan akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 9:57 AM