TIGA karakter adiwira Ultraman yang boleh ditemui peminat di Pavilion.
TIGA karakter adiwira Ultraman yang boleh ditemui peminat di Pavilion.
Oleh Rosyahaida Abdullah

Kuala Lumpur : Resorts World Genting membawakan Ultraman Zero bersama dua lagi adiknya iaitu Ultraman Tiga dan Ultraman Ginga ke kompleks beli-belah Pavilion, Bukit Bintang di sini.

Karakter adiwira itu menyambut pengunjung di pintu masuk kompleks berkenaan mulai 27 Oktober lalu hingga Ahad ini.

Ia bersempena tayangan pendek pertunjukan kemuncak bintang Ultraman penuh sempena Ultraman Live in Genting 2015 di Resorts World Genting pada 19 Februari lalu.

Bercakap pada sidang media minggu lalu, wakil Tsuburaya Productions Yoshihide Tanaka berkata, adiwira itu bukan sekadar ikon di Jepun, malah di seluruh dunia.

“Contohnya siri televisyen Ultraman, kami terus tampil dengan pelbagai program dan jalan cerita yang sesuai untuk semua peringkat umur.

“Matlamatnya adalah supaya kanak-kanak boleh mempelajari nilai positif seperti kerja berpasukan dan sebagainya manakala golongan dewasa dapat mempertingkatkan teknologi tinggi yang digunakan dalam setiap senario,” katanya.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Naib Presiden Promosi dan Hiburan Resorts World Genting Kevin Tann dan Menteri dan Timbalan Ketua Misi Kedutaan Jepun Yoshinori Kodama.

“Resorts World Genting sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Tsuburaya Productions dalam membawa salah satu siri televisyen paling digemari dunia ke Malaysia sejak lebih 50 tahun lalu,” kata Tann.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:06 AM