TEKNOLOGI AI masih belum mencapai kematangan dan masih banyak kekurangan atau kelemahannya. - FOTO Pexels
TEKNOLOGI AI masih belum mencapai kematangan dan masih banyak kekurangan atau kelemahannya. - FOTO Pexels
Muhammad Saufi Hassan

 

Kecerdasan Buatan (AI) adalah masa depan hampir semua segmen industri apabila kebanyakan pemain utama sudah mempunyai infrastruktur yang lengkap untuk tujuan berkenaan.

  Bagaimanapun, kira-kira 50 peratus pemain industri berteraskan teknologi masih belum bersedia untuk menggunakan perkhidmatan AI secara menyeluruh.

  Berdasarkan satu kajian daripada pengelup cip terkemuka, Advanced Micro Devices (AMD) terhadap lebih 2,500 pemain industri utama di seluruh dunia.

  Bagaimanapun, AI mempunyai potensi yang jelas untuk menjadikan organisasi lebih produktif, cekap dan selamat, pemimpin IT terkemuka menyatakan ketidakpastian berhubung ketepatan masa penggunaan AI.

  Ini bertitik tolak berpunca daripada kekurangan visi atau perancangan terperinci daripada pemain industri berhubung penggunaan AI dalam organisasi mereka.

  Pengarah Kanan, Pelanggan Komersial dan Workstation AMD, Matthew Unangst berkata, terdapat faedah serta potensi yang jelas jika pemain industri melaksanakan AI pada peringkat awal.

  "Pemimpin IT melihat faedah penyelesaian yang didayakan AI, tetapi perusahaan mereka perlu menggariskan rancangan yang lebih fokus untuk pelaksanaan atau berisiko ketinggalan. 

  "Ekosistem perisian terbuka dengan perkakasan berprestasi tinggi adalah penting dan AMD percaya pada pendekatan pelbagai aspek untuk memanfaatkan AI merentasi portfolio," katanya.

Beliau berkata, walaupun terdapat keraguan berkenaan keselamatan dan persepsi bahawa melatih tenaga kerja akan membebankan, jelaslah bahawa organisasi yang melaksanakan penyelesaian AI melihat kesan positif.

KECERDASAN Buatan (AI) mampu menjadilan sebuah organisasi melaksanakan rutin lebih produktif. - FOTO Pexels
KECERDASAN Buatan (AI) mampu menjadilan sebuah organisasi melaksanakan rutin lebih produktif. - FOTO Pexels

  "Organisasi yang melambatkan atau tidak menggariskan pelan adaptasi AI mereka berisiko untuk ketinggalan jika tiada rancangan khusus dalam masa terdekat.

  "Daripada organisasi yang mengutamakan penggunaan AI, 90 peratus melaporkan melihat peningkatan kecekapan di tempat kerja," katanya.

  Pada masa sama, terdapat faedah besar dalam penggunaan AI kerana ia mampu mempengaruhi secara jelas produktiviti sesuatu organisasi manakala jalur penugasan akan menjadi lebih sistematik.

  Ia turut menjadikan pengurangan drastik dalam aspek pertindihan beban tugas kerana 'penugasan asas' sudah diambil alih oleh AI sepenuhnya manakala untuk keperluan teknikal, masih memerlukan tenaga manusia sebagai pembuat keputusan akhir.

  Tahap keupayaan AI pada masa kini masih disifatkan sebagai 'belum matang' dan ia perlu dibenarkan untuk terus berkembang supaya mencapai tahap kematangannya sekali gus memudahkan urusan seharian.

  Kemajuan AI pada masa depan akan memungkinkan beberapa barisan pekerjaan asas seperti eksekutif pelanggan dan beberapa tugas lain akan diambil alih oleh AI secara menyeluruh.

  Pada waktu ini, penugasan barisan hadapan sudahpun digantikan oleh AI untuk organisasi yang besar dan mungkin pada masa depan, industri sederhana serta kecil akan turut menggunakan khidmat berkenaan.

  Segmen penugasan kritikal atau bersifat teknikal masih memerlukan kepakaran manusia untuk melaksanakan keputusan akhir dan tidak boleh bergantung kepada penaakulan AI untuk melaksanakan tugas berkenaan.

  Pakar teknologi menjangkakan bahawa Ai akan mencapai status matang tidak lama lagi dan sudah pasti lebih banyak bentuk pekerjaan yang akan digantikan oleh robot.

TERDAPAT kira-kira 50 peratus pemain industri teknologi masih belum bersedia untuk menggunakan AI. - FOTO Pexels
TERDAPAT kira-kira 50 peratus pemain industri teknologi masih belum bersedia untuk menggunakan AI. - FOTO Pexels

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Ogos 2023 @ 7:01 AM