TANGKAP layar video tular seorang lelaki cuba memecahkan mesin tukar wang di sebuah kedai dobi di Bandar Dato' Onn. FOTO Video tular
TANGKAP layar video tular seorang lelaki cuba memecahkan mesin tukar wang di sebuah kedai dobi di Bandar Dato' Onn. FOTO Video tular
Omar Ahmad


Johor Bahru : Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian pecah mesin tukar wang di dalam sebuah premis dobi layan diri, di sini.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata kejadian berlaku di sebuah dobi layan diri di kawasan Bandar Dato' Onn, pada 3.36 pagi, kelmarin.

Katanya, pihak polis menerima laporan polis berhubung kejadian daripada pengurus dobi berkenaan pada hari sama.

"Siasatan masih dijalankan dan usaha mengesan suspek terbabit giat dijalankan.

"Kes disiasat di bawah seksyen 380 kanun keseksaan dan seksyen 511 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi dua minit dua saat memaparkan seorang lelaki berseluar pendek putih mundar mandir di dalam premis dobi, dengan beberapa kali cubaan mengumpil mesin tukar wang dengan peralatan pemotong.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2024 @ 5:42 PM