GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
HM Digital

ISU teknikal menyebabkan pengguna Facebook dan Instagram seluruh dunia tidak dapat menggunakan akaun sosial masing-masing, malam tadi.

Facebook yang juga pemilik Instagram dalam kenyataan kepada CNNMoney malam tadi mengesahkan kejadian dan berkata, mereka terus menyiasat punca masalah itu sebelum berusaha mengembalikan perkhidmatan untuk orang ramai.

Facebook turut meminta maaf atas sebarang kesulitan berkaitan masalah itu.

Bagaimanapun, tiada penjelasan diberi berhubung punca masalah teknikal yang dihadapi.

Dalam kejadian malam tadi, ramai pengguna di seluruh dunia menghadapi masalah apabila cuba membuka akaun masing-masing.

Laporan mula diterima http://downdetector.com bermula kira-kira 9 malam sehingga sejam kemudian.

Bagaimanapun, perkhidmatan kedua-dua laman sosial kini dipercayai sudah kembali normal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2017 @ 11:04 AM