GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Reuters

APLIKASI milik Facebook Inc, Instagram mengalami gangguan sementara hingga menjejaskan pengguna di seluruh dunia tetapi kembali berfungsi seperti biasa tidak lama kemudian.

Pengguna kembali memuat naik gambar dan video seperti biasa selepas aplikasi terbabit menghantar mesej ralat ketika gangguan berlaku.

Gangguan itu menyebabkan laman Twitter dihujani pelbagai tweet lucu serta komen menggunakan #instagramdown.

Sebelum itu, DownDetector mengesan gangguan berlaku di sebahagian Amerika Utara selain Eropah, Australia, India, Singapura serta beberapa negara lain.

Facebook dan Instagram tidak memberi sebarang maklum balas segera berhubung gangguan itu.

Aplikasi Instagram mempunyai lebih satu bilion pengguna aktif dan kini dilengkapi dengan ciri-ciri lebih meluas seperti perkhidmatan mesej dan video pendek.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Oktober 2018 @ 10:59 PM