RAMAI pengguna Facebook beralih ke Twitter untuk meluahkan kekecewaan mereka.
RAMAI pengguna Facebook beralih ke Twitter untuk meluahkan kekecewaan mereka.
Agensi

Washington: Laman media sosial terbesar dunia, Facebook terpaksa bergantung kepada Twitter hari ini untuk menjelaskan gangguan yang dihadapi aplikasi itu di seluruh dunia.

Sejumlah pengguna Facebook dan beberapa platform media sosial lain yang dimiliki gergasi teknologi itu termasuk Instagram, Messenger dan WhatsApp, berdepan masalah untuk mengakses perkhidmatan berkenaan.

Akibatnya ramai pengguna beralih ke Twitter untuk meluahkan kekecewaan mereka.

Difahamkan gangguan bermula petang semalam dan menjejaskan pengguna di beberapa kawasan, termasuk Amerika Syarikat, Amerika Tengah dan Selatan, serta Eropah, Twitter dan laman pengesan gangguan, DownDetector.com yang dipetik CNN.

“Kami sedar sejumlah pengguna sedang berdepan masalah mengakses aplikasi kumpulan Facebook. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah itu secepat mungkin,” kata Facebook di Twitter.

Facebook turut menafikan khabar angin bahawa gangguan itu disebabkan serangan penggodam yang menggunakan ‘distributed denial-of-service (DDos).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2019 @ 10:07 AM