Reuters

CALIFORNIA: Facebook Inc akan memaparkan namanya di atas skrin platform Instagram bermula minggu ini.

Perubahan ini bermula selepas syarikat media sosial itu menghadapi pengawasan terbesar daripada pengawal selia di seluruh dunia agar lebih telus mengenai amalan privasi data dan bagaimana serta dengan siapa facebook berkongsi maklumat pengguna.

Walaupun tidak segera kelihatan kepada pengguna, ‘Instagram dari Facebook’ dapat dilihat beberapa kali di bahagian bawah tetapan halaman dalam aplikasi Instagram menerusi beberapa peranti iOS.

“Kami mahu menjadi lebih jelas mengenai produk dan perkhidmatan yang sebahagian daripada Facebook,” kata jurucakap syarikat kepada Reuters.

Pada masa yang sama, Facebook juga dilaporkan akan berbuat demikian pada perkhidmatan WhatsApp.

Facebook membeli platform Instagram pada 2012 dan WhatsApp pada 2014, dan masing-masing mempunyai lebih 1 bilion pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Ogos 2019 @ 1:14 PM