PERTAHANAN awam Lubnan memeriksa kesan kemusnahan di sebuah kampung di selatan negara itu, susulan serangan Israel. FOTO AFP
PERTAHANAN awam Lubnan memeriksa kesan kemusnahan di sebuah kampung di selatan negara itu, susulan serangan Israel. FOTO AFP
AFP

Beirut: Serangan Israel yang membedil sebuah bangunan dua tingkat di bandar Nabatiyeh di selatan Lubnan pada Rabu, mencederakan lima mangsa, lapor media kerajaan.

Laporan itu muncul ketika kebimbangan memuncak bahawa kebakaran rentas sempadan berbulan-bulan antara Israel dan Hizbullah Lubnan boleh bertukar menjadi konflik sepenuhnya.

Israel, dan Hizbullah sekutu Hamas yang disokong Iran di Lubnan, sudah serang menyerang hampir setiap hari merentasi sempadan sejak serangan kumpulan pejuang Palestin pada 7 Oktober ke atas Israel.

Ketegangan meningkat sejak beberapa hari kebelakangan ini dengan kedua-dua pihak berbalas bedilan yang semakin meningkat.

Pada Rabu, pihak Israel melakukan kira-kira 10 serangan di kawasan sempadan, kata agensi berita nasional Lubnan.

Serangan Israel memusnahkan bangunan di Nabatiyeh sekitar 10 malam, kata agensi itu sambil menambah lima orang yang berada di sekitar bangunan itu cedera dan dibawa ke hospital.

Tiada komen segera daripada tentera Israel mengenai serangan itu.

Hizbullah pada Rabu mendakwa enam serangan terhadap kedudukan tentera Israel di wilayah sempadan.

Kira-kira 481 mangsa maut di Lubnan akibat pertempuran Israel-Hizbullah sejak 7 Oktober, termasuk 94 orang awam, menurut pengiraan AFP.

Di pihak Israel, sekurang-kurangnya 15 askar dan 11 orang awam terbunuh, menurut Israel.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2024 @ 10:56 AM