LELAKI Palestin meninjau keadaan di dalam sebuah bangunan yang rosak susulan serangan Israel di Rafah, selatan Gaza. FOTO Reuters
LELAKI Palestin meninjau keadaan di dalam sebuah bangunan yang rosak susulan serangan Israel di Rafah, selatan Gaza. FOTO Reuters
BERNAMA

Gaza: Tentera Jordan menghantar bekalan perubatan kecemasan ke Hospital Sahara Jordan di Gaza dengan payung terjun, pada Khamis.

Tentera Jordan mempunyai dua hospital medan di Semenanjung Gaza - satu di bandar raya Gaza, ditubuhkan 14 tahun lepas, manakala kemudahan kedua dibina pada bulan lepas di selatan wilayah itu, lapor Agensi Anadolu.

Pesawat Tentera Udara Jordan sebelum ini pernah menggugurkan bantuan perubatan ke hospital medannya di Gaza bagi memastikan kelangsungan operasi hospital selain terus menyampaikan perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada penduduk Gaza.

Jordan mula menggugurkan bantuan perubatan menggunakan payung terjun (air-dropped) pada 6 November, diikuti yang kedua enam hari kemudian, ketiga (30 November), keempat (7 Disember), kelima (15 Disember) dan keenam (21 Disember).

Israel melancarkan serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lepas.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 22,313 penduduk Palestin terbunuh, manakala 57,296 lagi cedera akibat konflik antara Israel-Hamas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2024 @ 3:57 PM