PETROL yang sudah kehabisan di sebuah stesen minyak di Rafah, selatan Gaza. FOTO AFP
PETROL yang sudah kehabisan di sebuah stesen minyak di Rafah, selatan Gaza. FOTO AFP
BERNAMA

Amman: Tentera Udara Jordan mengambil langkah berani melaksanakan misi menggugurkan bantuan perubatan dan farmaseutikal ke hospital medan Jordan di Semenanjung Gaza.

Raja Jordan Raja Abdullah II bertitah anggota tentera udara tidak gentar untuk menghantar bantuan perubatan menggunakan payung terjun (air-dropped) ke hospital medan Jordan di Gaza.

"Menjadi kewajipan kita untuk membantu mereka yang cedera di Gaza. Kami sentiasa ada untuk saudara Palestin kami," titah , lapor Agensi Anadolu.

Kementerian Kesihatan di Gaza pada Ahad berkata, jumlah penduduk Palestin yang terbunuh dalam pengeboman Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 9,770 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 November 2023 @ 11:28 AM