PENDUDUK di Gaza City terpaksa keluar dari kediaman menuju ke selatan Gaza untuk mengelak serangan rejim Zionis. FOTO Reuters
PENDUDUK di Gaza City terpaksa keluar dari kediaman menuju ke selatan Gaza untuk mengelak serangan rejim Zionis. FOTO Reuters
Bernama-AA

Ankara: Jumlah kematian akibat serangan rejim zionis Israel di Semenanjung Gaza melonjak kepada 10,328 orang pada Selasa, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Antara yang terbunuh ialah 4,237 kanak-kanak dan 2,719 wanita, kata jurucakap Kementerian Kesihatan berpangkalan di Gaza, Ashraf al-Qudra pada sidang media, lapor Anadolu Agency,

Menurut beliau, lebih 25,956 penduduk yang lain juga cedera akibat serangan tentera rejim itu.

Al-Qudra menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Jawatankuasa Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa untuk melindungi kemudahan kesihatan dan ambulans daripada serangan Israel.

Selain jumlah korban yang besar dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza akibat pengepungan Israel.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 November 2023 @ 8:02 AM