PEKERJA dilaporkan keluar dari kilang milik Apple Inc di China. FOTO Agensi
PEKERJA dilaporkan keluar dari kilang milik Apple Inc di China. FOTO Agensi
Agensi

Beijing: Sebahagian pekerja dilaporkan keluar dari kilang Apple Inc, pengeluar iPhone terbesar di China selepas ada antara mereka dijangkiti Covid-19 dan memaksa semua kakitangan dikuarantin.

Rakaman menunjukkan sekurang-kurangnya 10 pekerja melompat ke atas pagar di luar kilang utama The Foxconn Technology Group di Zhengzhou di tengah-tengah laporan mengenai keadaan huru hara.

Lebih 200,000 pekerja dihalang daripada meninggalkan kilang pembuatan itu.

Bagaimanapun, dalam beberapa hari kebelakangan ini, keadaan kelihatan bertambah buruk di tengah-tengah laporan pekerja berebut mendapatkan makanan kerana berlaku catuan.

Kini, pekerja mengambil tanggungjawab untuk meninggalkan kilang itu dengan keadaan yang digambarkan sebagai kacau-bilau, lapor BBC.

Dalam satu klip yang dikongsi di media sosial China, pekerja didakwa melarikan diri dari perkarangan dengan memanjat pagar.

Malah, ramai yang mula pulang ke kampung halaman mereka dalam usaha untuk mengelak daripada terperangkap dalam pengangkutan awam.

Dalam sesetengah kes, penduduk tempatan ditangkap membawa beg pakaian mendaki bukit di sepanjang lebuh raya ketika mereka membuat usaha terdesak untuk kebebasan.

Sementara yang lain ditunjukkan terkandas di lebuh raya awam ketika pegawai berpakaian hazmat turun ke jalan.

Kem kuarantin, kekurangan makanan, polis menyerbu rumah orang ramai, tanda pesakit Covid-19 dan dron mengawal jalanan semuanya dapat dilihat di seluruh China.

Tindak balas kejam China terhadap kawalan penularan virus itu menimbulkan spekulasi kembalinya kepada potensi peningkatan kes di seluruh dunia ketika menuju ke musim sejuk.

Tetapi barat melancarkan program vaksinasi yang lebih berkesan menjadikan negara seperti Britain lebih bersedia untuk menangani sebarang lonjakan jangkitan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Oktober 2022 @ 4:18 PM