PETUGAS kesihatan India menyuntik vaksin Covid-19 kepada seorang penduduk di Kannagi Nagar di Chennai, India. FOTO EPA
PETUGAS kesihatan India menyuntik vaksin Covid-19 kepada seorang penduduk di Kannagi Nagar di Chennai, India. FOTO EPA
BERNAMA

Amman: Pengawal selia ubat-ubatan India meluluskan penggunaan kecemasan vaksin DNA pertama dunia untuk melawan virus Covid-19, lapor Agensi Berita Petra.

Menurut kajian awal pengeluar vaksin, Cadila Healthcare, vaksin tiga dos ZyCoV-D dilihat mampu mencegah penyakit simptomatik pada kadar 66 peratus dalam kalangan mereka yang telah diberi vaksin itu.

Syarikat itu merancang untuk mengeluarkan kira-kira 120 juta dos setiap tahun.

ZyCoV-D adalah vaksin kedua keluaran tempatan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Ogos 2021 @ 12:20 PM