Kanak-kanak Palestin menunggu giliran untuk mendapatkan bekalan air bersih. - FOTO AFP
Kanak-kanak Palestin menunggu giliran untuk mendapatkan bekalan air bersih. - FOTO AFP
Bernama-Petra

Amman: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merayu pembiayaan segera berjumlah kira-kira US$80 juta bagi menyediakan bantuan kemanusiaan yang kritikal di wilayah Palestin yang diduduki khususnya Semenanjung Gaza.

Selain itu, WHO bercadang untuk melaksanakan pelan tindak balas kecemasan di Mesir, Lubnan, Syria dan Jordan sehingga 2023.

"Organisasi itu menekankan komitmennya untuk memperluas perkhidmatan kecemasan dan trauma, memastikan akses terus kepada penjagaan kesihatan, menguruskan penyakit kronik dan melaksanakan langkah-langkah pemantauan dan kawalan penyakit terutamanya di pusat-pusat pemindahan," lapor Agensi Berita Petra.

Sistem kesihatan di Semenanjung Gaza mengalami tekanan akibat serangan udara dan kekurangan bekalan penting seperti sumber perubatan, makanan, air dan bahan api.

Sebanyak 171 serangan direkodkan ke atas kemudahan penjagaan kesihatan, menyebabkan 493 maut manakala 387 lagi cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Oktober 2023 @ 5:44 PM