GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Amman: Jordan mencatatkan kes kematian pertama Covid-19 hari ini membabitkan wanita berusia 83 tahun, kata pengarah Hospital Prince Hamza di Amman, Abdulaziz al-Khashman.

Al-Khashman berkata, mangsa mempunyai sejarah penyakit kronik, lapor agensi berita Anadolu memetik agensi berita Petra.

Jumlah rasmi kes Covid-19 di Jordan sebanyak 235.

Jurucakap kerajaan Amjad Al Adailah berkata, perintah berkurung di seluruh negara dikuatkuasakan bermula 21 Mac.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2020 @ 11:47 AM