FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Amman: Kementerian Dalam Negeri Jordan mengesahkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap ekspatriat yang tidak menerima dua dos vaksin Covid-19.

Dalam kenyataan pada Sabtu, Agensi Berita Jordan (Petra) melaporkan bahawa kementerian akan menghantar pulang ekspatriat yang tidak mengambil vaksin Covid-19 bermula 15 Disember ini.

"Keputusan diambil demi melindungi kesihatan awam," tambah kementerian ia juga bagi mendorong ekspatriat mendapatkan vaksin bagi melindungi mereka daripada jangkitan masa depan dan menjangkiti penyakit itu kepada orang lain.

Ekspatriat dibenarkan mendapatkan vaksin secara percuma, tanpa perlu mengemukakan permit kediaman atau permit kerja.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Oktober 2021 @ 10:59 AM