JEPUN. FOTO Google Maps
JEPUN. FOTO Google Maps
BERNAMA

Tokyo: Jepun mengarahkan kira-kira 300,200 penduduk di Hiroshima, Shimane dan Ehime untuk berpindah, susulan Taufan Lupit, lapor Sputnik.

Selain itu, syarikat penerbangan membatalkan 63 penerbangan di barat daya negara itu berikutan taufan berkenaan, lapor stesen penyiaran NHK pada Isnin.

Pakar memberi amaran angin kencang dan ombak besar.

Taufan Lupit dilaporkan melanda wilayah persisiran pantai di China pada Khamis, menyebabkan hujan lebat di wilayah lain negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Ogos 2021 @ 11:29 AM