SEORANG lelaki berjalan  dalam hujan lebat dan angin kencang yang disebabkan oleh Taufan Trami di  Naha,  Okinawa. - Reuters
SEORANG lelaki berjalan dalam hujan lebat dan angin kencang yang disebabkan oleh Taufan Trami di Naha, Okinawa. - Reuters
AFP

KAGOSHIMA: Seramai 17 orang cedera apabila Taufan Trami dengan kelajuan 217 kilometer sejam melanda pulau Okinawa di selatan Jepun, semalam.

Taufan itu dijangka melanda seluruh Jepun hari ini, dan berterusan hingga Isnin.

Imej yang disiarkan di televisyen memaparkan dahan pokok berterbangan ditiup angin kencang hingga menghalang laluan di jalan raya utama di Naha.

Ia turut membawa ombak kuat dan hujan lebat ke seluruh pulau berkenaan.

Stesen penyiaran NHK melaporkan kira-kira 700 penduduk sudah dipindahkan ke pusat penempatan di Okinawa, manakala bekalan elektrik terputus membabitkan kira-kira 200,000 kediaman.

“Sekurang-kurangnya 386 jadual penerbangan ke barat Jepun sudah dibatalkan,” lapor NHK.

Menurut pihak berkuasa, lima penduduk dipercayai cedera, tetapi setakat ini, tiada kematian dilaporkan.

“Jumlah mangsa dijangka meningkat kerana kami masih mengumpul maklumat,” kata pegawai dari pejabat pengurusan bencana Okinawa, Motoki Minei kepada AFP.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 September 2018 @ 4:15 AM