BERNAMA

Tokyo: Sekurang-kurangnya 14 orang cedera akibat Taufan Mindulle yang membadai Jepun, menurut laporan media hari ini.

Sepuluh orang cedera di wilayah Kanagawa dan empat lagi di wilayah Ibaraki, lapor Sputnik memetik penyiar NHK.

Mindulle turut menyebabkan beberapa rumah rosak dan dinaiki air berikutan banjir.

Taufan kini bergerak di sepanjang pantai timur laut negara itu.

Tekanan udaranya adalah 970 hectopascals dan kelajuan angin 35 meter per saat dengan tiupan angin hingga 50 meter per saat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Oktober 2021 @ 1:08 PM
Penduduk mengharungi keadaan angin kencang berikutan Taufan Mindulle membadai Jepun semalam. Foto Agensi
Penduduk mengharungi keadaan angin kencang berikutan Taufan Mindulle membadai Jepun semalam. Foto Agensi