Foto hiasan
Foto hiasan
Agensi

Tokyo: Gempa bumi bermagnitud 5.3 pada skala Richter direkodkan di Wilayah Ibaraki, timur Jepun.

Sputnik memetik Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Sabtu dilaporkan gegaran dicatatkan pada 8.21 pagi waktu tempatan dengan kedalaman 10 kilometer.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada kerosakan atau korban nyawa dilaporkan setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Mei 2021 @ 11:31 AM