KEPULAUAN Ogasawara. IMEJ Google Maps
KEPULAUAN Ogasawara. IMEJ Google Maps
BERNAMA

Tokyo: Gempa bumi bermagnitud 6.3 melanda Kepulauan Ogasawara, Jepun pada Selasa, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Gegaran dirasai pada 6.09 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa pada 27.1 darjah utara dan 142.5 darjah timur, dengan kedalaman 70 kilometer.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 January 2022 @ 12:09 PM