KEADAAN Baarack ketika diselamatkan. FOTO Facebook
KEADAAN Baarack ketika diselamatkan. FOTO Facebook
Agensi

Sydney: Seekor biri-biri di Victoria, Australia ditemukan dalam keadaan pelik selepas bulunya tidak pernah dipotong sejak lima tahun lalu, lapor Oddity Central.

Gambar haiwan itu menjadi tular selepas ia tidak nampak seperti seekor biri-biri biasa.

Diberi nama Baarack, biri-biri itu kini berada di ladang santuari di Lancefield.

Ia sebelum ini dimiliki oleh sebuah ladang, namun tanda di telinganya diliputi bulu tebal dan menyebabkannya ia tidak dapat dilihat.

Ketika diselamatkan, Baarack tidak kelihatan seperti seekor biri-biri kerana badannya tersembunyi di bawah bulu dan kotoran seberat 35 kilogram.

"Walaupun kukunya berada dalam keadaan baik, namun ia nampak buruk.

"Ia kurus dan bulu di seluruh badan menjadikan mukanya tidak dapat dilihat.

"Biri-biri perlu dicukur bulunya setahun sekali kerana jika tidak bulu itu akan terus tumbuh seperti yang berlaku ini," kata Kyle Behrend dari ladang terbabit.

KEADAAN Baarack selepas bulu di badannya dicukur. FOTO Agensi
KEADAAN Baarack selepas bulu di badannya dicukur. FOTO Agensi

Lazimya, pekerja ladang mengambil masa hanya beberapa minit untuk mencukur bulu pada badan biri-biri.

Bagaimanapun, dalam kes ini, mereka terpaksa mengambil masa sehingga satu jam.

Haiwan itu bernasib baik kerana ditemui dan ditempatkan di tempat perlindungan haiwan.

Dalam pada itu, berita mengenai penemuan biri-biri berkenaan mendapat liputan meluas di media tempatan.

Foto haiwan itu yang berbulu tebal sehingga tidak lagi nampak seperti biri-biri turut menjadi perhatian masyarakat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Februari 2021 @ 4:22 PM