Chris dipakaikan jaket selepas semua bulunya dicukur. - Foto Reuters
Chris dipakaikan jaket selepas semua bulunya dicukur. - Foto Reuters
Juara pencukur biri-biri Australia, Ian Elkins, mengambil masa 42 minit untuk mencukur bulu Chris sedangkan masa mencukur seekor biri-biri biasanya hanya tiga minit. - Foto Reuters
Juara pencukur biri-biri Australia, Ian Elkins, mengambil masa 42 minit untuk mencukur bulu Chris sedangkan masa mencukur seekor biri-biri biasanya hanya tiga minit. - Foto Reuters
Rupa biri-biri diberi nama Chris sebelum bulunya dicukur. - Foto AFP
Rupa biri-biri diberi nama Chris sebelum bulunya dicukur. - Foto AFP
Timbunan bulu biri-biri diberi nama Chris selepas dicukur.  - Foto RSCPA/Daily Mail
Timbunan bulu biri-biri diberi nama Chris selepas dicukur. - Foto RSCPA/Daily Mail

Sydney: Jumlah bulu yang dicukur daripada seekor biri-biri yang bulunya terlalu tebal mencatat rekod dengan berat 40.45 kilogram yang mengambil masa 42 minit untuk dicukur hari ini.

Biri-biri berkenaan diberi nama Chris dari jenis Merino oleh orang yang menemuinya berkeliaran dalam hutan di pinggir Canberra, diselamatkan pertubuhan aktivis haiwan RSPCA Rabu lalu. Pegawai RSPCA bimbang bulu yang tebal itu boleh menjejaskan kesihatan biri-biri berkenaan yang hampir tidak dapat melihat kerana matanya ditutupi bulu.

Juara pencukur biri-biri Australia, Ian Elkins, diberi tugas mencukur haiwan berkenaan yang menganggapnya sebagai amat mencabar.

“Kami terpaksa menidurkannya dengan ubat pelali bagi menenangkannya. Saya mengambil masa 42 minit untuk mencukur, tempoh masa yang panjang kerana biasanya hanya tiga minit mencukur seekor biri-biri.

“Biri-biri biasanya dicukur setiap 13 bulan dengan berat bulunya hanya lima kilogram,” katanya.

Ketua Eksekutiv RSPCA di Canberra, Tammy Ven Dange, berkata biri-biri Merino yang dipelihara untuk bulu membuat pakaian mahal, perlu sering dicukur bulunya bagi menjaga kesihatannya.

Menurutnya, berdasarkan saiz bulunya, biri-biri itu tidak dicukur sekurang-kurangnya lima tahun.

Setakat ini tidak diketahui umur biri-biri itu atau siapa pemiliknya dan RSPCA merancang meminta Guinness World Records menentukan sama ada berat bulunya boleh mencatat rekod dunia.

Rekod sekarang dipegang biri-biri bernama Big Ben di New Zealand dengan berat bulu 28.9 kilogram yang dicukur Januario tahun lalu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2015 @ 4:50 PM