PESAWAT mengalami kelewatan susulan insiden berkenaan. FOTO Agensi
PESAWAT mengalami kelewatan susulan insiden berkenaan. FOTO Agensi
Agensi

Los Angeles: Seorang lelaki yang gagal masuk ke dalam kokpit bertindak membuka salah satu pintu kapal terbang itu sebelum terjun dari pesawat berkenaan.

Kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles itu menyebabkan lelaki terbabit mengalami kecederaan, kata pihak berkuasa.

Menurut polis lapangan terbang berkenaan, pesawat United Express baru bergerak dari bangunan untuk ke arah landasan, pada 7.10 malam.

Seorang penumpang dilaporkan membuka pintu dan terjun dari pesawat.

Menurut Biro Siasatan Persekutuan (FBI), penumpang terbabit pada mulanya duduk seperti biasa sehingga pesawat mula bergerak ke landasan.

Dia kemudian bangun dan mula 'menggegarkan' pintu kokpit berulang kali.

Jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata, lelaki terbabit cuba untuk menceroboh kokpit.

Susulan kejadian, polis dan bomba lapangan terbang berkenaan bergegas ke lokasi dan menahan lelaki terbabit.

Dia kemudian dihantar ke hospital kerana mengalami kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Jun 2021 @ 6:30 AM