PESAWAT American Airlines. FOTO AFP
PESAWAT American Airlines. FOTO AFP
Reuters

Tegucigalpa: Seorang penumpang memecah masuk ke dalam kokpit pesawat American Airlines di lapangan terbang Honduras, dan melakukan kerosakan.

Ketika kejadian, pesawat itu dijadualkan untuk berlepas ke Miami, Amerika Syarikat.

American Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan insiden itu memaksa kru campur tangan dan lelaki itu yang tidak dikenal pasti itu kemudian ditangkap pihak berkuasa tempatan.

Tiada kecederaan dilaporkan susulan insiden berkenaan.

ABC News melaporkan bahawa suspek berlari melalui laluan ke pesawat (jetway) kemudian terus masuk ke dalam kokpit.

Dia kemudian merosakkan alat kawalan penerbangan dan cuba melompat keluar dari tingkap terbuka, ketika juruterbang cuba menghalangnya.

"Kami memuji anak kapal kami yang cemerlang kerana profesionalisme mereka dalam menangani situasi sukar," kata American Airlines dalam kenyataannya.

Insiden menyebabkan pesawat Boeing 737-800 itu, tidak dapat berlepas.

Kesemua penumpang dijadualkan menaiki sebuah pesawat lain untuk ke Miami.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 January 2022 @ 12:48 PM