KOALA berkenaan dipindahkan ke Zoo Taronga, Sydney.
KOALA berkenaan dipindahkan ke Zoo Taronga, Sydney.
AFP

SYDNEY: Sedozen koala berjaya diselamatkan daripada kebakaran hutan berhampiran Sydney, kata pemulihara alam sekitar hari ini, ketika kebakaran itu semakin mencerobohi kawasan habitat kritikal.

Penyelamat memanjat beberapa pokok minggu ini untuk menyelamatkan tiga koala jantan, lima betina dan empat bayi, selepas habitat haiwan itu terancam akibat kebakaran di seluruh 140,000 hektar di Blue Mountains.

Koala berkenaan dipindahkan ke Zoo Taronga, Sydney sehingga selamat sebelum dikembalikan ke hutan.

Sekurang-kurangnya tiga juta hektar hutan terbakar musim ini, menghancurkan sebahagian besar habitat pelbagai haiwan.

Puluhan koala diselamatkan sejak beberapa bulan lalu tetapi ratusan lagi haiwan dikhuatiri mati dalam kebakaran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Disember 2019 @ 9:46 PM