BINDI bersyukur Zoo Australia yang dibina tidak terkena api.  FOTO AGENSI
BINDI bersyukur Zoo Australia yang dibina tidak terkena api. FOTO AGENSI
Agensi

Sydney: Pemilik dan pengendali Zoo Australia, keluarga Steve Irwin menyelamatkan 90,000 haiwan daripada kebakaran hutan di negara itu.

Keluarga Irwin yang terkenal dalam memperjuangkan haiwan berjaya selamatkan binatang daripada menjadi korban kebakaran hutan dalam sejarah terburuk Australia.

Anak perempuan Steve, Bindi, 21, melalui Instagramnya berkata, kebakaran hutan di Australia menyebabkan hati nuraninya tersentuh kepada mangsa dan haiwan yang terkorban.

Menurut Bindi, hospital yang didirikan keluarganya lebih sibuk dibandingkan sebelumnya berikutan banyak haiwan yang perlu dirawat.

“Kami bersyukur Zoo Australia yang dibina tidak terkena api dan haiwan yang diselamatkan disimpan di sana,” katanya.

Kebakaran hutan di Australia menyebabkan warganet mula berkongsi foto Steve bersama haiwan.

Artis Sharnia-Mae Sturm II berkongsi lukisan yang menyayat hati di media sosial menunjukkan beberapa haiwan yang terbakar di kawasan hutan termasuk koala, kangaru dan emu bersama-sama dengan kata-kata "Crikey".

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 January 2020 @ 2:46 PM