FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Sydney: Seorang peluncur maut selepas diserang jerung di sebuah pantai di utara Sydney.

Kejadian berlaku di pantai T Slidery di mana pasukan perubatan dikejarkan ke lokasi itu pagi ini, lapor AFP.

Lelaki berusia 50-an itu mengalami serangan jantung selepas digigit di pahanya.

Polis berkata, dia sedang meluncur di pantai itu ketika kejadian.

"Walaupun paramedik sudah berusaha sebaik mungkin, lelaki itu tidak dapat diselamatkan," menurut Ambulans New South Wales menerusi Twitter.

Pertubuhan SharkSmart berkata, pantai berkenaan ditutup sehingga dimaklumkan susulan kejadian itu.

Menurut agensi Konservasi Masyarakat Taronga, ia adalah serangan pertama di perairan Australia tahun ini.

Terdapat 26 kes tahun lalu, lapan daripadanya membawa maut, menurut data agensi kerajaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Mei 2021 @ 1:10 PM