KOALA yang cedera di rawat di Taman Hidupan Liar Kangaroo Island. FOTO AFP
KOALA yang cedera di rawat di Taman Hidupan Liar Kangaroo Island. FOTO AFP
AFP

MELBOURNE: Puluhan koala yang cedera tiba di rumah haiwan sementara di Taman Hidupan Liar Kangaroo Island setiap hari dan dibawa menggunakan sangkar kucing, bakul baju atau berpaut kepada penjaga hidupan liar.

Disebabkan banyak marsupial memerlukan rawatan segera akibat kecederaan daripada kebakaran hutan di Australia Selatan, penjaga bertugas tidak sempat memberikan nama kepada haiwan berkenaan sebaliknya merujuk mereka dengan panggilan nombor.

Antaranya, Koala 64, yang dibawa masuk dengan kesan lecur pada keempat-empat kakinya.

Ia dirantai di atas meja pembedahan di dalam khemah dan diberikan pelali supaya rawatan dapat diberikan dengan lebih lancar.

Doktor haiwan, Peter Hutchison berkata, koala berkenaan semakin baik selepas rawatan yang diterima beberapa hari.

“Tidak semua koala yang diselamatkan bernasib baik. Ramai yang didapati cedera parah sehingga mereka perlu dimatikan,” katanya.

Ketua pasukan Pengurusan Kecemasan Veterinary, Steven Selwood berkata, dianggarkan 46,000 koala berada di pulau itu sebelum tragedi kebakaran hutan tahun ini.

“Namun, kini jumlahnya hanya tinggal sekitar 9,000 dan angka itu benar-benar menyedihkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 January 2020 @ 8:39 PM