BEBERAPA keranda dibawa keluar dari pesawat selepas tiba di Lapangan Terbang Noi Bai di Hanoi. FOTO EPA
BEBERAPA keranda dibawa keluar dari pesawat selepas tiba di Lapangan Terbang Noi Bai di Hanoi. FOTO EPA
AFP

HANOI: Baki 39 mayat pendatang Vietnam yang ditemui mati dalam sebuah trak di Britain bulan lalu, selamat tiba di Vietnam hari ini untuk dikembalikan kepada keluarga mereka mengakhiri penantian selama beberapa minggu.

Mangsa berkenaan antara 31 lelaki dan 8 wanita ditemui dalam sebuah trak sejuk beku di Essex, timur London pada 23 Oktober, yang berasal dari Vietnam untuk bekerja secara haram.

Kementerian Luar Negeri hari ini berkata, 23 mayat dan abu mayat tiba di Lapangan Terbang Noi Bai di Hanoi.

“16 mayat dan abu tujuh mangsa diterbangkan dari London dan segera dihantar ke rumah masing-masing dengan sebuah kereta,” lapor Agensi Berita Vietnam.

Terdahulu, 16 mayat dihantar pulang pada Rabu lalu dan disambut dengan tangisan ketika ambulans tiba di kampung halaman mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 November 2019 @ 2:53 PM