39 mayat terbabit dihantar menerusi penerbangan komersil Vietnam dari London ke Hanoi yang disambut oleh beberapa ambulans dan kakitangan keselamatan. FOTO AFP
39 mayat terbabit dihantar menerusi penerbangan komersil Vietnam dari London ke Hanoi yang disambut oleh beberapa ambulans dan kakitangan keselamatan. FOTO AFP

HANOI: Mayat pertama pendatang asing warga Vietnam selamat dihantar pulang awal pagi tadi selepas semua mangsa ditemui mati dalam sebuah trak di London, akhir bulan lalu, kata sumber keselamatan lapangan terbang.

AFP melaporkan, 16 daripada 39 mayat terbabit dihantar menerusi penerbangan komersil Vietnam dari London ke Hanoi yang disambut oleh beberapa ambulans dan kakitangan keselamatan.

“Pesawat itu membawa 16 mayat dan kami masih menunggu untuk diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan,” kata sumber yang enggan dikenali kepada AFP.

Mayat mangsa yang lain dijangka akan dihantar pulang dalam tempoh beberapa hari lagi namun pihak berkuasa masih belum mengesahkan tarikh sebenar. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 November 2019 @ 10:48 AM