TRAK sejuk beku yang menyimpan 39 mayat ditahan pihak polis di kawasan perindustrian Waterglade, timur London pada 23 Oktober lalu.
TRAK sejuk beku yang menyimpan 39 mayat ditahan pihak polis di kawasan perindustrian Waterglade, timur London pada 23 Oktober lalu.
AFP

LONDON: Tiga suspek yang ditahan di Britain susulan penemuan 39 mayat dalam sebuah trak sejuk beku dibebaskan dengan jaminan polis.

Polis berkata, mereka ialah seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 38 tahun dari Warrington di utara England dan seorang lelaki Ireland berusia 46 tahun yang pernah ditahan di Lapangan Terbang Stansted, di sini.

Mereka ditahan dua hari selepas lapan mayat wanita dan 31 lelaki dijumpai dalam sebuah trak di zon industri di Grays di Essex, tenggara England.

Awalnya, polis berkata mangsa dipercayai tiba dengan menaiki feri dari pelabuhan Zeebrugge, Bulgaria itu adalah rakyat China dan selepas itu menyatakan ia kemungkinan rakyat Vietnam.

Ketiga-tiga suspek disoal siasat kerana melakukan pembunuhan itu selain bersubahat memperdagangkan manusia.

Polis sudah mendakwa pemandu trak itu, Maurice Robinson dengan pertuduhan membunuh 39 orang dan bersubahat memperdagangkan manusia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Oktober 2019 @ 11:59 PM