PESAWAT Piper PA-32 yang terhempas. FOTO Agensi.
PESAWAT Piper PA-32 yang terhempas. FOTO Agensi.
Reuters

TORONTO: Dua keluarga dari Uzbekistan antara yang maut semalam apabila pesawat enjin tunggal terhempas di kawasan hutan di pinggir Kingston, Ontario, yang mengorbankan kesemua tujuh penumpang kapal, kata duta Uzbekistan dalam tweet.

Duta Besar Javlon Vakhabov berkata di Twitter, kanak-kanak berusia 3, 11 dan 15 tahun turut terkorban dalam nahas itu sambil menambah, kedutaan itu akan terus berhubung dengan polis Kingston dan pejabat koroner.

Menurut Polis Kingston, tujuh orang dalam pesawat Piper PA-32 meninggal dunia apabila pesawat itu terhempas pada petang Rabu. Lembaga Keselamatan Pengangkutan (TSB) Kanada berkata, pihaknya sudah menghantar satu pasukan untuk menyiasat punca kemalangan.

Dua keluarga itu berasal dari Houston dan sebahagian besar dari komuniti bandar Uzbekistan, kata rakan keluarga berkenaan, Askarali Karimov.

Menurut Karimov, pesawat itu adalah milik Otabek Oblakulov, 37, yang turut membawa isteri bersama tiga anaknya, abang dan kakak iparnya.

“Oblakulov adalah juruterbang berlesen dengan rekod ribuan jam penerbangan. Dia tidak sesekali membahayakan nyawa keluarganya,” tegasnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 November 2019 @ 10:22 AM