(Gambar kecil) Makhammadamin. FOTO Azlan Hafeedz
(Gambar kecil) Makhammadamin. FOTO Azlan Hafeedz
Azlan Hafeedz


Pasir Puteh: Seorang warga Uzbekistan lemas ketika mandi bersama rakannya di Pantai Tok Bali, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.35 petang itu, Makhammadamin Karimov, 45, dihanyut ombak setinggi dua meter bersama rakannya Sherali Odilov, 38, sebelum diselamatkan tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Puteh.

Makhammadamin yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Tengku Anis (HTA) sebelum disahkan meninggal dunia jam 6.40 petang manakala Sherali dilaporkan selamat.

Pegawai Operasi APM Pasir Puteh Mohd Tarmizi Endut berkata, sebelum kejadian, pihaknya sedang melakukan pemantauan di menara kawalan berikutan ombak besar di kawasan berkenaan.

"Setengah jam kemudian, seorang anggota ternampak dua mangsa itu ditarik ombak dan terus bergegas menyelamatkan mereka.

"Mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke HTA untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 11:58 AM