Presiden Uzbekistan, Islam Karimov. - Foto Fail/REUTERS
Presiden Uzbekistan, Islam Karimov. - Foto Fail/REUTERS
Reuters

Tashkent: Presiden Uzbekistan, Islam Karimov, meninggal dunia ketika berusia 78 tahun akibat strok, hari ini.

"Ya, beliau sudah meninggal dunia,” kata sumber diplomatik manakala kerajaan Uzbekistan belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Karimov memerintah Uzbekistan yang berpenduduk 32 juta orang itu sejak 1989 sebagai ketua Parti Komunis dan sebagai Presiden apabila negara itu merdeka pada 1991.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 September 2016 @ 5:24 PM