JOHNSON & Johnson diarah membayar ganti rugi AS$572 juta (RM2.4 bilion) di atas pembabitannya dalam krisis ketagihan opioid. FOTO AFP
JOHNSON & Johnson diarah membayar ganti rugi AS$572 juta (RM2.4 bilion) di atas pembabitannya dalam krisis ketagihan opioid. FOTO AFP
AFP

WASHINGTON: Hakim Oklahoma mengarahkan syarikat gergasi penjagaan kesihatan Johnson & Johnson membayar ganti rugi AS$572 juta (RM2.4 bilion) di atas pembabitannya dalam krisis ketagihan opioid di negeri itu.

Dalam perbicaraan sivil pertama pengeluar dadah mengenai wabak yang menyebabkan ratusan ribu kematian dos berlebihan, Hakim Thad Balkman berkata, pendakwa menunjukkan J & J mencetuskan "gangguan awam" dalam promosi mengelirukan ubat penahan sakit yang boleh menyebabkan ketagihan.

Ganti rugi itu akan digunakan untuk membiayai penjagaan penagih, keluarga dan masyarakat yang terjejas akibat krisis itu.

J&J adalah syarikat farmaseutikal pertama dibicarakan berhubung krisis opioid di Amerika Syarikat yang menyebabkan lebih 70,000 kematian kerana dos berlebihan pada 2017.

Masih ada 2,000 saman terhadap pengeluar ubat dan pengedar yang difailkan oleh kerajaan negeri.

Pendakwa raya menuntut bayaran ganti rugi sebanyak AS$17 bilion.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Ogos 2019 @ 10:16 AM