SHENZHEN
SHENZHEN
AFP

BEIJING: Kerajaan China merancang untuk membangunkan pusat bandaraya Shenzhen dan menjadikannya ‘tempat yang lebih baik’ berbanding jirannya, Hong Kong, kata media tempatan.

Hong Kong berhadapan dengan bantahan dan demonstrasi hingga mengalami krisis lantas membolehkan Beijing mengambil peluang untuk menjadikan Shenzhen sebagai perintis pertama ‘sosialisme bercirikan Cina.’

Tanpa memberi banyak maklumat khusus, dasar dokumen itu termasuklah beberapa matlamat seperti mengubah kekuatan ekonomi dan kualiti pembangunan di Shenzhen sebagai antara yang terbaik di dunia pada 2025.

Ia juga menggariskan hasrat untuk membina integrasi dengan Hong Kong dan Macau.

Menjelang 2035, bandar selatan China akan ‘memimpin dunia’ dalam daya saing ekonomi keseluruhannya, kata dokumen itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Ogos 2019 @ 9:10 PM