PESAKIT denggi memenuhi wad Mugda Medical College dan hospital di Dhaka. FOTO AFP
PESAKIT denggi memenuhi wad Mugda Medical College dan hospital di Dhaka. FOTO AFP
AFP

DHAKA: Sekurang-kurangnya 40 orang maut akibat denggi di Bangladesh yang dilanda wabak denggi terburuk menyebabkan hospital kekurangan katil untuk merawat ribuan pesakit, kata pegawai hari ini.

Pegawai kementerian kesihatan, Ayesha Akhter berkata, lebih 44,000 dimasukkan ke hospital akibat penyakit bawaan nyamuk itu sejak Januari termasuk 2,100 orang pada Isnin lalu sahaja.

“Kami mengesahkan 40 kematian berkaitan denggi setakat Isnin ini,” katanya.

Media tempatan pula meletakkan angka kematian lebih tinggi dengan melaporkan lebih 100 penduduk meninggal dunia setakat minggu lalu.

Cuti panjang sambutan Aidiladha yang menyaksikan puluhan ribu penduduk pulang ke kampung meningkatkan risiko wabak itu mungkin merebak lebih meluas.

Ketua pengarah kementerian kesihatan, Abul Kalam Azad memberitahu, buat pertama kalinya semua cuti petugas kesihatan dibekukan untuk menangani krisis berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Ogos 2019 @ 8:48 PM