GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Reuters

DHAKA: Sekurang-kurangnya 50 orang maut di Bangladesh akibat cuaca sejuk yang berterusan di negara itu, kata pegawai cuaca.

Katanya, Bangladesh merekodkan suhu paling sejuk iaitu 4.5 darjah Celsius di Tetulia semalam.

Pengarah kesihatan kerajaan, Ayesha Akhter berkata, sekurang-kurangnya 17 orang maut akibat jangkitan pernafasan akut dan 33 lagi akibat cirit birit disebabkan Rotavirus dan penyakit lain di seluruh Bangladesh dari 1 November hingga 1 Disember lalu.

Katanya, hospital sesak dengan orang ramai yang mengalami penyakit berkaitan cuaca sejuk seperti influenza, dehidrasi dan pneumonia.

Akhter menambah, golongan berpendapatan rendah terutamanya buruh antara paling ramai terjejas akibat cuaca sejuk kerana kurang memakai baju tebal sementara yang lain iaitu kanak-kanak dan orang tua terdedah penyakit seperti pneunomia.

Pegawai cuaca berkata, cuaca sejuk disertai angin dingin dan kabus tebal berkemungkinan berterusan beberapa hari lagi,

“Saya tiada pilihan. Saya kena kerja walaupun cuaca buruk demi mencari rezeki untuk keluarga saya.

“Jumlah penumpang merosot mendadak kerana orang ramai mengelak keluar rumah,” kata penarik beca, Abdur Rahim.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Disember 2019 @ 11:52 PM