DAHAN maut ditembak ketika membuat persembahan. FOTO/AGENSI
DAHAN maut ditembak ketika membuat persembahan. FOTO/AGENSI
Reuters

MEXICO CITY: Seorang DJ muzik elektronik warga Israel ditembak mati oleh kumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu serangan di sebuah kelab di bandar San Luis Potosi, Mexico semalam.

Reuters yang memetik pejabat peguam negara berkata, kumpulan lelaki terbabit menyerbu lokasi itu pada awal pagi sebelum melepaskan tembakan hingga mangsa, Ronen Dahan atau Perplex, 45, maut manakala tiga lagi cedera.

Salah seorang mangsa yang cedera kemudiannya dilaporkan mati di hospital akibat parah.

Kenyataan itu berkata, penembak terbabit menghilangkan diri sejurus menembak mangsa namun motif kejadian masih belum dikenal pasti.

Mereka berkata, Dahan sedang membuat persembahan di kelab terbabit dan dokumen peribadi yang ditemui mengesahkan dia warga Israel. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2019 @ 11:17 AM