JULIO diserang perompak bersenjata di Mexico City, baru-baru ini. FOTO/AGENSI
JULIO diserang perompak bersenjata di Mexico City, baru-baru ini. FOTO/AGENSI
Reuters

MEXICO CITY: Lagenda tinju Mexico, Julio Cesar Chavez menerusi Twitter mendedahkan diserang perompak bersenjata di Mexico City, baru-baru ini.

Chavez, 57, turut mengecam peningkatan keganasan di bandaraya itu dalam statusnya, namun tidak memberi maklumat lanjut mengenai kejadian terbabit.

“Saya baru sahaja menjadi mangsa rompakan dan pistol diacukan ke kepala saya. Jam tangan dan rantai turut diambil.

“Tiada persoalan apabila nyawa boleh melayang dalam satu saat. Keadaan tidak selamat di Mexico City membuatkan anda menangis,” tulisnya.

Pejabat peguam negara Mexico City menerusi Twitter meminta Chavez melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Mexico City semakin terdedah kepada penularan jenayah ganas dan baru-baru ini, dua lelaki Israel ditembak mati di sebuah pusat beli-belah.

ends.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Julai 2019 @ 8:38 PM