KIRA-kira 210 rakyat Palestin terbunuh sejak bantahan dimulakan pada Mac lalu.
KIRA-kira 210 rakyat Palestin terbunuh sejak bantahan dimulakan pada Mac lalu.
Reuters

GAZA: Tentera Israel menembak mati dua rakyat Palestin dan mencederakan 70 yang lain ketika bantahan dilakukan di sepanjang sempadan Gaza-Israel hari ini, kata jurucakap kementerian kesihatan.

Reuters melaporkan, salah seorang mangsa dikenali sebagai Ali Al-Ashqar, 17, manakala seorang lagi tidak dikenal pasti.

Menurut jurucakap itu, 38 daripada mereka yang cedera terkena tembakan yang dilepaskan tentera terbabit.

Penduduk Palestin melakukan bantahan setiap minggu selama 18 bulan dikenali sebagai ‘Great March of Return’ bertujuan mendesak kerajaan haram itu mengembalikan tanah mereka yang dirampas.

Kira-kira 210 rakyat Palestin terbunuh sejak bantahan dimulakan pada Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 September 2019 @ 1:32 AM