CHIN WUI KIN
CHIN WUI KIN
AFP

KATHMANDU: Seorang pendaki Malaysia yang dilaporkan terkandas berhampiran puncak Gunung Annapurna, Nepal semalam berjaya diselamatkan, kata penganjur ekspedisi.

AFP yang memetik penganjur itu berkata, pendaki terbabit, Chin Wui Kin, 48, berjaya dikesan oleh helikopter penyelamat dari ketinggian sekitar 7,500 meter awal pagi tadi.

Empat orang sherpa berpengalaman kemudiannya diturunkan di sebuah kem di situ untuk membantu mangsa.

“Pasukan kami berjaya menemuinya dalam keadaan selamat. Mereka memberinya air minuman dan cuba membawanya turun. Setakat ini kami tidak tahu bagaimana keadaannya.

“Kami amat risau semalam kerana bukan semua orang boleh bertahan pada ketinggian itu dalam tempoh sangat lama. Ini jarang berlaku,” kata jurucakap Seven Summit Treks, Thaneshwor Guragain.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2019 @ 11:51 PM