KAKITANGAN dan anggota polis mengalihkan mayat pendaki di helipad Hospital Pengajaran di Kathmandu. FOTO EPA
KAKITANGAN dan anggota polis mengalihkan mayat pendaki di helipad Hospital Pengajaran di Kathmandu. FOTO EPA
AFP

KATHMANDU: Sekumpulan pendaki terpaksa berbaris panjang berhampiran puncak Gunung Everest semalam, berikutan terdapat dua kematian terbaru membabitkan pendaki warga Amerika Syarikat (AS) dan India, kata penganjur ekspedisi.

AFP melaporkan, hampir 200 pendaki mengambil peluang ketika cuaca baik untuk melakukan cubaan mendaki ke puncak namun terpaksa berbaris panjang sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko reput fros dan ‘mabuk gunung’.

Dua mangsa yang berusia 55 tahun, Donald Lynn Cash, rebah di puncak pada Rabu lalu ketika mengambil gambar manakala Anjali Kulkarni pula maut ketika turun dari puncak.

Penganjur ekspedisi berkata, dua kematian itu adalah yang terbaru dilaporkan berlaku pada salah satu hari paling sibuk bagi pendaki di ketinggian 8,848 meter.

Terdapat empat kes kematian direkodkan pada musim kali ini selepas pendaki India maut minggu dan seorang lagi pendaki Ireland dianggap mati selepas tergelincir lalu terjatuh berhampiran puncak gunung.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2019 @ 11:45 AM