Novak Djokovic
Novak Djokovic

Geneva: Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic dari Serbia dan pilihan kedua kejohanan Casper Ruud dari Norway mara ke separuh akhir Terbuka Gonet Geneva pada perlawanan yang berlangsung di Switzerland.

Pada perlawanan itu, Djokovic kekal cemerlang dengan mencatatkan kemenangan 7-5, 6-1 ke atas pilihan keenam kejohanan Tallon Griekspoor dari Belanda.

Pada perlawanan sebelum ini, Griekspoor melengkapkan kemenangan 6-7 (7-9), 7-6 (7-4), 6-3 dalam Pusingan 16 ke atas pemain Kanada Denis Shapovalov walaupun perlawanan 'terganggu'dengan cuaca hujan.

Ruud, seorang pakar gelanggang tanah liat, memerlukan tiga set sebelum menewaskan pemain Argentina, Sebastian Baez 6-3, 3-6, 6-4.

Di separuh akhir, Djokovic akan menentang pemain Republik Czech, Tomas Macchac, yang menewaskan Alex Michelsen 6-3, 7-6 (7-2).

Ruud akan bertemu Itali Flavio Cobolli, yang menang 6-4, 6-4 ke atas Alexander Shevchenko dari Kazakhstan.

Pilihan nombor dua kejohanan Alexander Bublik dari Kazakhstan bangkit menewaskan pemain Russia Pavel Kotov 6-7 (4-7), 7-6 (7-4), 6-3 dalam tempoh tiga jam 11 minit.

Bublik akan menentang Giovanni Mpetshi Perricard yang berada di ranking ke-117 dunia, selepas enewaskan rakan senegaranya Hugo Gaston 6-4, 4-6, 6-3.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2024 @ 3:14 PM