ANGGOTA polis yang menjaga kawasan kejadian di Toronto. -Foto Reuters
ANGGOTA polis yang menjaga kawasan kejadian di Toronto. -Foto Reuters
Reuters

TORONTO : Sekurang-kurangnya 10 orang termasuk kanak-kanak ditembak di sini semalam dalam kejadian yang turut meragut nyawa penyerang terbabit.

Agensi berita CityNews.com melaporkan, insiden berkenaan berlaku di kawasan kejiranan Greektown pada jam 10 malam waktu tempatan.

Laman web agensi berkenaan memetik kenyataan saksi sebagai berkata, , mereka mendengar 25 bunyi tembakan.

Tiada maklumat terkini diperoleh setakat ini berhubung tahap kecederaan atau keadaan semua mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Julai 2018 @ 12:39 PM