KEADAAN di sekitar kawasan kejadian tembakan di Greektown. -Foto REUTERS
KEADAAN di sekitar kawasan kejadian tembakan di Greektown. -Foto REUTERS
Reuters

TORONTO: Empat belas orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan, ditembak berhampiran pinggir bandar ini, kata polis di bandar terbesar Kanada semalam, dengan seorang terbunuh manakala penembak turut terkorban.

Ketua Polis Toronto, Mark Saunders berkata, kanak-kanak itu kini dalam keadaan kritikal.

“Kami sedang meneliti semua motif mungkin,” kata Saunders kepada media di tempat kejadian.

Anggota paramedik, bomba dan polis berkumpul di kawasan tembakan di timur bandar ini yang popular dengan restoran, kafe dan kedai.

Polis berkata, penembak menggunakan sepucuk pistol. Laporan awal mengatakan sembilan orang ditembak.

Laporan kejadian tembakan di kejiranan Greektown bandar ini diterima jam 10 malam waktu tempatan, lapor CityNews.com. Laman web berita itu berkata, saksi mendengar 25 bunyi tembakan.

Bandar ini mengalami peningkatan mendadak jenayah senjata tahun ini. Kematian akibat keganasan senjata meningkat 53 peratus kepada 26 kes tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu, kata data polis minggu lalu dengan jumlah insiden tembakan meningkat 13 peratus.

Bandar ini mengerah kira-kira 200 pegawai polis bermula 20 Julai lalu sebagai tindak balas siri tembakan baru-baru ini dipersalahkan ke atas keganasan kumpulan samseng.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Julai 2018 @ 4:25 PM